Tuesday 11 November 2014

ILMU ISLAM

MENGENAL NABI DAN RASUL

Diketahui bahwasannya Nabi Muhammad SAW berkata,  jumlah Nabi adalah 124 ribu dan rasul 312. Dari Abi Zar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi." "Lalu berapa jumlah Rasul diantara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas(312)" (HR At-Turmuzy)

Perbezaan nabi dan rasul, 


 Nabi = mendapatkan wahyu (orang suci, orang sabar ) yang beriibadah kepada ALLAH ( mengesakan Allah) tetapi tidak wajib untuk mendakwahkan apa yang dia ketahui untuk kaumnya. 


 Rasul = seperti nabi tapi di tujukan/diperintahkan untuk kaum tertentu dan kebanyakan rasul untuk Bani Israil setiap RASUL adalah NABI,...Sedangkan yang 25 orang itu hanyalah yang nama mereka disebutkan secara tegas di dalam Al-Quran. Ada sebuah buku yang memuat data sejarah para nabi dan rasul yang disebutkan di dalam Al-Quran Al-Qarim.

 Bahkan ada beberapa peta serta analisa para ahli sejarah tentang perkiraan masa hidup mereka, lokasi dimana mereka tinggal berikut beberapa keterangan lainnya yang digali berdasarkan keterangan baik dari Al-Quran Al-Qarim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun fakta-fakta sejarah. Judulnya adalah Atlas Tarikh Al-Anbiya' War Rusul disusun oleh Samiy bin Abdullah bin Ahmad Al-Maghluts. Buku ini diberi muqaddimah oleh Syeikh Muhammad bin Nashir Al-'Abudi, sekretaris umum Musaid Rabithah Alam Islami, Mekkah Al-Mukarramah.

25 Rasul yang dimuliakan oleh Allah dan namanya disebut dalam Al-Quran berdasar beberapa kitab ,


1. Nabi Adam

2. Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam
3. Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlihbin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam
4. Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh
5. Nabi Shalih bin Ubaid bin 'Ashif dari keturunan Sam bin Nuh
6. Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh
7. Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh
8. Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh
9. Nabi Ishaq Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh
10. Nabi Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim
11. Nabi Yusuf bin Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim
12. Nabi Syu'aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim
13. Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim
14. Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim
15. Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya'qub bin Ishak
16. Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya'qub bin Ishak
17. Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya'qub
18. Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya'qub
19. Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran
20. Nabi Ilyasa' bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya'qub
21. Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya'qub
22. Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman
23. Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman
24. Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud
25. Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim

Berikut kronologi hasil dari kesimpulan rujukan:


1. Rasul pertama adalah NABI ADAM, (sekitar 3760-2830 SM)

2. kemudian syeth (anak nabi adam guru dari nabi IDRIS berumur -+ 900tahun),
3. dilanjutkan Nabi Idris (keturunan keenam dari nabi Adam dan keturunan dari Syeth)
4. Kemudian Nabi NUH (keturunan Nabi Adam ke 10 dan keturunan dari Nabi Idris) Nenek moyang bangsa bangsa4. Keturunan dari Sam Bin Nuh melahirkan Nabi nabi antara lain, Nabi Ibrahim dan Nabi Luth dikatakan dalam waktu yang sama
5. Kemudian dari keturunan Nabi Ibrahim lahir nabi nabi lain, dari Nabi Ishkak lahir kaum Yahudi, dan dari Nabi Ismail Lahir Bangsa Arab
6. Selebihnya banyak Nabi dan Rasul yang berada di tempat lain dan benua lain dikarenakan anak dari Nabi Nuh diutus ke berbagai tempat untuk melahirkan berbagai keturunan.

7. Dan terakhir adalah Rasulullah Muhammad SAW sebagai penutup seluruh Nabi.

Semoga bermanafaat



wallahu 'alam bissawab

"KATA-KATA HIKMAH".

Lafazlah..bacalah..iqra'..

"BISMILLAHI RAHMAA NIRRAHIIM".
"HU SEGENAP INSAN, NYAWA DIDALAM KU,
MELIPUTI CAHAYA,HU INNALLAHU FAINNALLAHU,
AKU BERADA DIDALAM 7 LAPISAN,DI DALAM ZAT
SERTA LA ILAHA ILLAHU".

 Ayat di atas juga boleh memagar diri luar 7 lapisan dan memagar diri didalam dengar pagar di dalam zat...pagar diri zahir dan batin....tapi berbai'ah lah nampaknya....

wallahu 'alam bissawab

catatan : Mohd Nashri

Sunday 9 November 2014

Dajjal,Firaun,Namrud dan Freemason

DAJJAL TELAH TIBA

Tahukah anda bahawa sebenarnya Dajjal telah tiba dan dia telah lama bersama kita? Pada muzakarah kali ini Insya Allah saya akan berkongsi bersama anda mengenai apakah yang dimaksudkan dengan Dajjal telah tiba dan berada bersama kita. Untuk muzakarah ini,terdapat banyak tulisan berbanding sebelumya yang diturut sertakan dengan banyak gambar.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati..”


(Hadith riwayat Ibnu Majah)



Adakah anda rasa bahawa orang yang membuat konspirasi global tentang pembohongan ini boleh melakukannya seorang diri? jika anda banyak megikuti atau menkaji pasal konspirasi ini lebih banyak sejarah yang akan anda pelajari mengenai sejarah golongan elit dan anda akan sedar bahawa sejarah ini sebenarnya hampir lengkap. Tidakkah anda hairan kenapa golongan elit dan ghaib ini sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk satu rancangan yang tidak akan sempat disiapkan dalam jangka hayat mereka? Kerana rancangan ini sebenarnya bukan dirancang dan dirangka oleh mereka tetapi oleh satu kuasa yang lebih "AGUNG". Manusi-manusia yang terlibat dalam rancangan ini sebenarnya telah menjual jiwa mereka untuk rancangan ini dengan balasan mereka akan " mendapat kenikmatan dunia yang terdiri daripada kekayaan duit dan juga kekuasaan". Anda tahu siapa yang untung dalam rancangan ini? Ia menguntungkan Arkitek "New World Order" dan manusia bodoh yang menyokong agendanya. Golongan elit ini patuh sepenuhnya pada rancangan ini adalah kerana mereka sebahagian dari agama mereka. Walaupun mereka nampak seperti beragama Islam, Kristian atau Yahudi pada pandangan awam,tetapi mereka sebenarnya adalah penyembah Iblis secara rahsia dan rancangan ini telah membawa mereka pada tahap tertinggi dalam sistem mereka. Upacara kesyaitanan ini dilakukan oleh golongan elit tersebut di satu tempat yang bernama" Bohemian Grove"


Bohemian Grove



Anda tahu siapa yang dirujuk oleh para Nabi kita berkenaan penipuan di akhir zaman ini? Ia adalah Al Masih Ad-Dajjal. Di dalam Islam Dajjal dikenali sebagai "Al-Aawar Ad-Dajjal" yang bermaksud "penipu bermata satu". Simbol "Mata Satu"  yang digunakan oleh golongan elit ini bukanlah satu kebetulan.


Sepertimana yang saya kongsikan sebelum ini, Dajjal telah memerintah dunia ini sejak dari dulu lagi. Ia adalah benda hidup dan bayangan di dalam kalangan dan minda manusia.

Jika anda melihat piramid pada wang di atas, ia telah pun dibina kecuali pada bahagian atasnya yang kelihatan ada mata yang tergantung di atas piramid dan ia belum turun lagi. Bagi golongan elit ini, mereka percaya sehinggalah mereka menyiapkan projek jahat mereka yang dipanggil "Novus Ordo Seclorum" dan "Anuet Acueptis" yakni dia puas dengan projek kami atau dalam erti kata lain "Tuhan mereka ini puas dengan projek mereka". Projek yang dimaksudkan ialah 'pembulatan' dunia ini iaitu membuang kepercayaan agama dari masyarakat dunia sebab itulah dipanggil "Novus Ordo Seclorum" yakni pemerintahan dunia baru.

Ceramah oleh seorang imam lagenda iaitu Sheikh Imran Hussein pernah menceritakan bahawa Al Quran dan Nabi Muhammad ada menceritakan tentang seorang pelakon yang kuat seperti cerita Yakjuj dan Makjuj iaitu Dajjal,nabi penyelamat palsu. Dia digelar Nabi Penyelamat Palsu kerana misinya adalah untuk meniru Nabi Penyelamat yang sebenar iaitu Nabi Isa a.s. Allah S.W.T telah menghantar Nabi Isa a.s dan ditugaskan untuk menjadi Nabi Penyelamat yang sebenar dan pemerintah dunia ini.

Nabi Muhammad S.A.W pernah mengingatkan umatnya tentang pelepasan Dajjal sewaktu jangka hayat Baginda. Baginda juga berkata apabila Dajjal dibebaskan,dia akan hidup di dunia ini selama 40 hari di mana:


Satu hari seperti setahun
Satu hari seperti sebulan
Satu hari seperti seminggu
Hari-hari seterusnya seperti hari-hari yang biasa


Apabila Dajjal berada pada hari satu hari seperti setahun,British merupakan tanah pemerintahannya. Apabila Dajjal berada pada hari satu hari seperti sebulan Amerika merupakan tanah pemerintahannya.
Apabila Dajjal berada pada satu hari seperti seminggu Israel merupakan tanah pemerintahannya.


Dajjal sebenarnya sudahpun melengkapkan fasa dimana satu hari sama seperti setahun dimana Britain adalah kerajaan yang memerintah dunia ini dan nilai pound adalah mata wang antarabangsa. Kemudian Dajjal pergi ke satu hari sama seperti sebulan di mana Amerika menggantikan Britain sebagai negara pemerintah dunia dan U.S dollar menjadi mata wang antarabangsa. Dan sekarang Amerika sedang menyerahkan kekuasaannya kepada Israel sebagai negara pemerintah dunia. Apakah pula mata wang antarabangsa kelak?jawapannya:

" U.S Dollar akan diserang dan ia mula tumpas dan membawa bersamanya kesemua wang kertas di dunia" ini bermakna kita tidak akan lihat apa pun wang kertas selepas itu. Israel akan menggunakan duit halimunan,kita tidak dapat melihatnya, Duit yang tiada bentuk fizikal,kita tidak dapat menyentuhnya. Ia adalah duit elektronik dan benda yang paling bahaya dan pelik mengenai mengenai duit elektronik ini adalah ia dikawal oleh sistem perbankan di seluruh dunia oleh yahudi. Pernyataan ini adalah kebenaran bukanlah satu pernyataan yang tidak sah.

Di dalam Islam, satu tahun di Syurga adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Dari situ kita boleh memahami yang Dajjal memerintah Britain selama 1000 tahun. British telah wujud sejak 900 tahun lagi dan ia bukanlah kebetulan yang monarki.

 Kita lihat:

Pada tahun 1917, Amerika secara rasmi telah melibatkan diri dalam peperangan dunia dan ini adalah langkah mereka untuk menerapkan Amerika sebagai Kuasa Global yang baru. Dari situlah Dajjal memerintah yang mana satu hari sama seperti sebulan.

Jadi jika setahun Syurga bersamaan 1000 tahun
Sebulan akan jadi 1000/12
Bersamaan dengan 83 tahun
1917 + 83 = tahun 2000

Tahun 2000, tahukah anda apa yang terjadi pada tahun 2000? Tahun 2000 lah dimana George Walker Bush iaitu bekas Presiden Amerika mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika.



Setahun selepas Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika, berlaku peristiwa dimana WTC di Amerika diserang dan hasil siasatan terperinci dan peribadi mendapati bahawa kejadian itu merupakan hasil kerja orang dalam. Pada tahun 2002, Afghanistan telah diceroboh oleh Amerika ,pada 2003 Iraq diceroboh, pada 2006 Lebanon diceroboh. Pada tahun-tahun selepas kejadian 11 September, Amerika telah menubuhkan pengkalan pada lebih 10 negara di Timur Tengah dan ini meneguhkan lagi pemerintahan dan keselamatan Israel sebagai ibu negara terakhir pemerintahan dunia baru atau "New World Order" seperti apa yang diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W pada 1400 tahun yang lalu.


Setiap peperangan dan perundingan yang dilakukan adalah untuk perlindungan, penubuhan, dan keselamatan negara Israel. Dajjal akan datang dan mengambil takhtanya di Israel dan selepas dari itu akan bersambunglah dimana satu hari sama seperti hari-hari biasa. Namun, apa yang dijaminkan dalam Al Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W adalah kejayaan pasti akan datang kepada yang mengikut Imam Mahdi dan menyertai perjuangan Nabi Penyelamat sebenar iaitu Nabi Isa a.s.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang
Nabi Isa:
 “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan
memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat.
Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi,
turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”




Tetapi yang sedihnya, ramai yang mengikuti Nabi Penyelamat Palsu iaitu Dajjal dan mempercayainya sebagai Nabi Penyelamat sebenar kerana mereka bukan dari golongan yang beriman dan yang betul-betul mengkaji ketibannya.



Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.
Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan Tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal;

Hendaklah ia berkata :
“Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (dugaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”



Remung-renungkan
Insya Allah

wallahu 'alam bissawab

Saturday 20 September 2014

Sesuatu Untuk Dikongsi...bersama

Alkisah......

JANGGUT NABI HARUN a.s. BERWARNA DUA


Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.
Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.
Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.
Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.
Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.
Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.


wallahu 'alam bissawab

Tuesday 16 September 2014

Tahukah Anda ??

Kini...dizaman ini...
Apa Yang Elok Telah Pun Dinampakkan, Dirupakan, Dikatakan Dijadikan Seperti Tidak Elok..
Apa Yang Benar Telah Pun Dikatakan, Dinampakkan, Dirupakan, Dijadikan Seperti Tidak Benar..
Apa Yang Tidak Elok Telah Pun Dikatakan, Dirupakan, Dinampakkan, Dijadikan Seperti Elok
Apa Yang Tidak Benar Telah Pun Dikatakan, Dirupakan, Dinampakkan, Dijadikan Seperti Benar...

Lihat sekeliling anda, pasangkan telinga, buka minda...

Apa yang anda lihat, nampak atau baca..
Apa yang anda dengar..
Apa yang berlegar dalam fikiran anda...
Apa pula kata kata yang terbisik oleh hati anda...

Masih melihat dalam kaburkah kita..

Masih mendengar dalam tulikah kita..
Mata akan terus tertipu...
Minda akan terus dipermainkan..
Maka akan terus tertipulah kita...

Dibawah ini saya kongsikan catatan dari MISI TERAHSIA. Saya kerap membaca tulisan beliau.
Saya belum mahu letak sebarang komen. Saya cuma mahu terus membaca tulisan beliau dari masa ke semasa. Cuma kali ini saya berfikir untuk berkongsi.. 


Di saat orang Mesir menggulingkan kerajaan mereka sebelum ini untuk menggantikan pemimpin baru hari ini, pemimpin mereka dengan segera menjemput seorang pemimpin Melayu menjadi penasihat negara Mesir agar Mesir boleh menjadi seperti Malaysia di bawah pentadbiran seorang pemimpin Melayu selama 22 tahun. Tapi sayangnya, orang2 Melayu di Malaysia dihasut supaya membenci kepimpinan sedia ada, sedangkan seorang pemimpin Melayu adalah antara pemimpin-pemimpin Islam terbaik dunia, satu anugerah oleh Allah untuk umat Melayu sehingga negara Malaysia yakni tanah Melayu dipandang mulia kerana AKHLAK nya seorang pemimpin Melayu dalam membantu banyak negara-negara Islam di luar sana sehinggakan mereka mengIDOLAkan seorang pemimpin Melayu, begitu juga dengan 1 kuasa besar dunia bernama RUSSIA, Vladimir Putin selaku Presidennya bergegas menghubungi seorang pemimpin Melayu supaya segala ilmu pentadbiran ekonomi dapat dibelajar dan diREALITIkan seberapa segera, dan akhirnya hari ini RUSSIA berjaya keluar dari kemelut ekonomi hasil taktik menipulasi IMF. Kesannya...? Banyak Billboard di Russia menayangkan gambar2 orang Melayu yang menyelamatkan Russia, dan gambar seorang pemimpin Melayu jelas berada di sana, di depan penduduk Russia. Tapi sayangnya... Nikmat tuhan yang manakah yang engkau nafikan ? Terima kasih Ya Allah kerana kehadiran seorang pemimpin Melayu.

Seorang pemimpin Melayu yang disebut2kan ini namanya ialah DR. MAHATHIR, dan nama MAHATHIR itu sendiri adalah code rahsia untuk kedatangan MAHADI, maka skrol undang2 kedah yang berjaya dibawa balik itulah, menjadi ASBAB "orang yang terkemudiannya", meneruskan tugas2 khas untuk menyediakan tapak2 sistem khilafah, maka sesiapa yang bernaung di bawah mereka, In Sya Allah berjaya...


Saiyidina Ali pernah berpesan:


"...dengarkan apa yang disampaikannya...

bukan siapa yang menyampaikan itu..."

Sebab itulah sekarang ini ada sekumpulan manusia2 pilihan tuhan sedang meREALISASIkan hadis sahih di bawah ini iaitu:

Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi R.A. katanya, 
bertitah baginda Nabi Muhammad:

“Akan keluar orang-orang dari Timur, 

lalu mereka mempersiapkan untuk Al-Masih Imam Mahdi, 
yakni tapak-tapak pemerintahannya.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Majah ]


Wallahualam

Sunday 14 September 2014

Peringkat-peringkat kemunculan al-Massih ad-Dajjal







Peringkat Kemunculan Dajjal: 
"Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.
 
Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.
 
Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah:
 
“Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
 
(HR Muslim)


Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 peringat, iaitu:

1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita
 
Apabila harinya seperti hari-hari kita, Dajjal akan berada dalam dimensi masa manusia. Tapi sebelum itu, pada 3 peringkat terawal, Dajjal telah wujud didunia akan tetapi Dajjal tidak berada dalam dimensi masa manusia kerana harinya tidak akan sama dengan hari kita. Apabila Dajjal berada dalam dimensi masa kita, kita akan boleh melihat dia pada waktu itu. Pada masa itu, Dajjal akan muncul sebagai seorang manusia (bukan lagi muncul dalam sistem pemerintahan dan tamadun seperti 3 peringat terawal).
 
Dajjal seorang yang berketurunan Yahudi, seorang pemuda yang bertubuh sasa dan berambut kerinting. Pada waktu itu, apabila Dajjal muncul di dunia dalam dimensi masa kita, Dajjal akan muncul dari arah Timur. Rasulullah SAW menuding jari baginda ke arah Timur sebanyak 20 kali.
 
Peringkat Pertama: "satu hari seperti setahun".
 
Dimanakah Dajjal pada peringkat ini?
 
kita bernasib baik kerana kita ada jawapannya dari Sahih Muslim. Hadis ini dikenali sebagai Hadis Tamim ad-Dari. Beliau pada mulanya merupakan seorang Kristian dan memeluk agama Islam dengan mengucap kalimah syahadah di Madinah. Beliau datang kepada Nabi Muhammad SAW dan meriwayatkan pengalaman yang beliau telah lalui (rujuk Bab Pertama di atas).
 
Ianya bermula di BRITAIN!
(Pax Britannica: Peringkat pemerintahan pertama Dajjal dalam dimensi masa berlainan)
 
Buktinya, pada tahun 1917, Setiausaha Kerajaan British, Lord Balfour telah mengumumkan Deklarasi Balfour. Pada masa itu Britain merupakan suatu kuasa besar dunia. Beliau mengumumkan dalam deklarasi tersebut bahawa Kerajaan British berhasrat untuk meneruskan usaha penempatan Kaum Yahudi di Palestin.
 
Pada tahun 1919, General British yang telah mengetuai angkatan tentera yang mengalahkan Kerajaan Turki Ottoman, dari perspektif kaum Yahudi, Tanah Suci Jerusalem telah dimerdekakan dan pada masa sama Britain telah menjadi sebuah kuasa dunia.
 
Britain kemudiannya menjadi kuasa pemerintah Tanah Suci dan Liga Bangsa pada masa itu telah menganugerahkan Britain kuasa mandat untuk mengawal Tanah Suci. Britain mengawal Tanah Suci dari tahun 1919 sehingga 1948.
 
Pada tahun 1948, Britain bertindak sebagai 'bidan' yang bakal menyambut kelahiran seorang bayi. 'Bayi' itu adalah Negara Israel.
 
Melihat kepada semua yang telah berlaku, Sheikh Imran telah membuat kesimpulan bahawa Pulau yang dijumpai oleh Tamim ad-Dari itu adalah Britain! Bermula dari Britain-lah, Dajjal telah dibebaskan dan memulakan misinya untuk menipu Bani Israel dan memperlihatkan kepada mereka bahawa Zaman Kegemilangan (II) mereka sudah kembali.
 
asasnya, semuanya terkandung dalam Hadis Sahih Muslim, iaitu Hadis Tamim ad-Dari. Semasa Dajjal melancarkan misinya dari Britain, Tanah Suci telahpun dimerdekakan dari pemerintahan Bukan Yahudi.
 
Semasa Dajjal berpangkalan di Britain, Yahudi telah kembali semula ke Tanah Suci serta Negara Israel dibangunkan kembali. Tiga daripada empat misi al-Massih yang disebutkan di atas telah berjaya dilaksanakan. Dengan ini, majoriti daripada Yahudi telah yakin bahawa semua ini (konon) adalah rahmat daripada Allah.
 
Apabila Dajjal berada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu tahun", dia berada di sebuah pulau (Britain) menurut hadis Sahih Muslim iaitu Tamim Ad-Dari, dimanakah dia berada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan"...?
 
Peringkat Kedua: "satu hari seperti sebulan".
 
Dimanakah dia berada pada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan"..? Adakah dia berpindah ke kawasan yang lain..? Sekiranya dia berpindah ke kawasan yang lain, bagaimana kita boleh mengenal pasti nya?
 
Sheikh Imran Hosein menggunakan kayu ukur untuk menentukan dan mengenalpasti samada Dajjal berpindah ke kawasan lain atau Dajjal tidak lagi berada dalam tempoh "satu hari bersamaan dengan setahun" adalah dengan melihat sekutu kepada Negara Israel itu sendiri, iaitu sekutu yang menjamin keselamatannya dan sekutu yang menyokongnya secara berterusan dan menjadikan Negara Israel itu semakin kuat. Adakah ia di Britain? Jawapannya adalah TIDAK.
 
Ada pihak lain yang mengambil alih daripada Britain sebagai sekutu yang strategik bagi Israel. Britain masih menjadi sekutu bagi Israel, akan tetapi sekarang ada sekutu lain yang lebih penting daripada Britain. Jawapannya adalah.. Amerika Syarikat.
 
Ianya berpindah ke Amerika Syarikat!
(Pax Americana: Peringkat pemerintahan kedua Dajjal dalam dimensi masa berlainan)
 
Amerika Syarikat (AS) secara tiba-tiba menjadi sekutu kuat bagi Israel pada masa sekarang. AS menyokong Israel dari segi kewangan, material dan juga dalam hal-hal ketenteraan. Sheikh Imran Hosein membuat kesimpulan mudah bahawa Dajjal tidak lagi berada di Britain pada waktu sehari bersamaan dengan sebulan.
 
Britain telah memberi laluan kepada negara lain untuk mengambil alih kuasa. Britain pernah menjadi kuasa besar dan pernah memerintah dunia, tetapi sekarang negara lain secara tiba-tiba telah mengambil alih dari Britain untuk menjadi kuasa pemerintah dunia dan menjadi sekutu kuat bagi Israel. Ini tidak lain tidak bukan adalah Amerika Syarikat. Bilakah peralihan 'setahun' ke 'sebulan' ini berlaku?
 
Bukti pertama ialah semasa Perang Dunia Kedua kerana semasa terjadinya Perang Dunia Kedua, semua tentera bersekutu di Benua Eropah untuk menentang Hitler, Arahan utama adalah berada dibawah Jeneral Eisenhower, seorang Jeneral Amerika. Ini adalah bukti kukuh yang menunjukkan bahawa AS telah mengambil alih daripada Britain.
 
Bukti yang kedua ialah semasa penghujung Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945, komuniti antarabangsa telah bersama-sama menganjurkan persidangan di Bretton Woods, di bahagian utara New York, untuk mencipta satu sistem kewangan antarabangsa yang baru.
 
Sebelum ini, London pernah menjadi pusat kewangan dunia semenjak Bank of England ditubuhkan lebih kurang 200 tahun lalu dan nilai mata wang tertinggi ketika itu adalah pound sterling British.
 
Tetapi sesuatu yang pelik telah berlaku di Bretton Woods iaitu Perjanjian Bretton Woods telah mengangkat nilai mata wang Dollar AS dan perjanjian itu juga telah menjadikan Washington sebagai pusat kewangan dunia kerana International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia sekarang adalah terletak di Washington. Ini adalah bukti kedua yang menunjukkan bahawa Britain telahpun berundur diri dan AS telah mengambil alih kuasa pemerintah dunia.
 
Bukti yang ketiga adalah lebih dramatik daripada itu. Pada tahun 1952, satu revolusi telah tercetus di Mesir dan Raja Mesir, King Farouk telah digulingkan oleh angkatan tentera dan angkatan tentera telah mengiktiraf Jeneral Muhammad Naquib sebagai Presiden akan tetapi beliau hanya berperanan sebagai ketua perhimpunan kerana ada sekumpulan pegawai tentera lain yang sebenarnya lebih berkuasa.
 
Muhammad Naquib kekal menjasi presiden dari tahun 1952 sehingga tahun 1956. Tetapi pada tahun 1955, telah berlangsungnya persidangan penting antara negara Asia dan Afrika di Bandung, Indonesia.
 
Semasa persidangan di Bandung, Muhammad Naquib tidak hadir untuk mewakili Mesir tetapi diganti dengan Gamal Abdul Nasser. Itu adalah petanda terhadap siapa yang sebenarnya berkuasa. Pada tahun 1956, Gamal Abdul Nasser menggantikan Muhammad Naquib sebagai Presiden Mesir. Tidak lama selepas itu, pada tahun yang sama, Gamal Abdul Nasser telah menasionalisasikan Terusan Suez.
 
Terusan Suez dibina oleh seorang jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. Dan kemudiannya pihak Britain dan Perancis bersama-sama menguasai Terusan Suez. Gamal Abdul Nasser ingin menasionalisasikan Terusan Suez dengan membawa tentera Britain dan Perancis keluar dari situ dan tentera Mesir kemudiannya mengambil alih Terusan Suez.
 
Ini secara terang-terangan merupakan satu bentuk konfrontasi terhadap Britain. Demi mempertahankan status sebagai kuasa besar, Britain telah memberi respon dengan mengeluarkan AS dari pakatan dan Britain kemudiannya bersama-sama dengan Perancis menyertai Israel dalam menceroboh Mesir. Mereka mendarat di Suez dan menawan Suez.
 
Askar Israel juga memasuki kawasan Semenanjung Sinai dan menawan seluruh Sinai dan tentera Israel tiba di Terusan Suez. Apa yang berlaku, Jeneral AS, Dwight Aisenhower berkata.. 'Tidak'! 'Saya tidak membenarkan pencerobohan ini berlaku' dan 'Undur tentera kamu dan Balik'!.
 
Perdana Menteri Britain pada masa itu, Sir Anthony Eden terpaksa mengundurkan tenteranya sama terjadi kepada tentera Perancis dan Israel oleh kerana Presiden AS berkata 'Tidak'! Ini adalah bukti ketiga dan juga paling dramatik yang AS telah mengambil alih daripada Britain sebagai kuasa pemerinah dunia.
 
Sheikh Imran Hosein tidak menyatakan tarikh-tarikhnya (kedatangan Dajjal) di sini sebab beliau mahu kita mengira sendiri. Pertama, itu adalah apabila satu harinya bersamaan dengan setahun, ini adalah waktu apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan. Apa pula yang terjadi selepas itu? Sekarang adalah masa kalian untuk berfikir..
 
*Di setiap arteri-arteri kuliah Sheikh Imran. beliau tidak pernah lupa mengungkap 'Allah Knows Best' Allahu A'lam -Allah Lebih Mengetahui.
 
Peringkat Ketiga: "satu hari seperti seminggu".
 
Demi menyempurnakan misinya, Dajjal perlu bergerak dari waktu satu harinya bersamaan dengan sebulan kepada waktu satu harinya bersamaan dengan seminggu. Sekiranya dia berada di satu kawasan semasa satu harinya bersaman dengan setahun dan kawasan itu menjadi kuasa pemerintah, dan kemudian apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan dia berpindah ke satu lagi kawasan baru dan negara itu juga menjadi kuasa pemerintah, dan apabila satu harinya bersamaan dengan seminggu dia akan berpindah ke kawasan atau negara ketiga dan negara ketiga ini akan menggantikan AS sebagai kuasa pemerintah dunia. akan tetapi, negara ini tidak akan memerintah lama dan hanya mengambil masa yang singkat. Negara manakah ia? Israel? ya. semestinya!
 
Ianya berpindah ke Israel!
(Pax Judaica: Peringkat pemerintahan ketiga Dajjal dalam dimensi masa berlainan)
 
Bukti pertama, tertubuhnya Negara Israel disebabkan oleh Kerajaan AS dan adanya orang seperti Jonathan Pollard. Negara Israel mempunyai senjata-senjata nuklear yang cukup untuk sekali lagi menjadi kuasa besar dunia.
 
Tetapi untuk mendapat pengiktirafan sebagai kuasa pemerintah dunia, Israel hendaklah mempunyai sesuatu yang hebat untuk dpertontonkan, sesuatu yang berkaitan dengan ketenteraan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Apabila Israel berjaya melakukannya, ia hendaklah keluar dari latihan ketenteraan itu dan mucul sebagai sebagai kuasa dominan di kawsan tersebut supaya semua kawasan di sekitar Israel.
 
Bukti kedua, Semasa Britain menjadi kuasa pemerintah dunia dahulu, London pernah menjadi pusat kewangan dunia.
 
Semasa AS menjadi kuasa pemerintah dunia, Washington pernah menjadi pusat kewangan dunia dibantu oleh New York.Sekiranya Israel perlu mengambil alih kuasa pemerintah dunia, sesuatu yang dramatik juga perlu berlaku dalam sistem kewangan di seluruh dunia.
 
Dan kesan daripada itu, pusat kewangan dunia telah beralih kepada Jerusalem.
 
Sistem kewangan antarabangsa sekarang berlandaskan kepada penggunaan wang kertas (penipuan). Sistem kewangan ini memang merupakan satu penipuan kerana keseluruhan sistem kewangan dunia berhubung kepada satu matawang iaitu AS Dollar kerana apabila matawang AS Dollar jatuh, ia akan menjatuhkan keseluruhan sistem. jadi, bolehkah nilai matawang AS Dollar jatuh? Jawapannya ialah 'Ya'. Sesuatu akan berlaku yang mana akan menjatuhkan nilai matawang AS Dollar.
 
Baginda Nabi Muhammad SAW pernah bersabda maksudnya "akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai (sebagai wang) kecuali Dinar (emas) & Dirham (perak)" Musnad Imam Ahmad Bin Hambal.
 
Kita terpaksa menanggung akibat itu sekarang kerana mengabaikan sunnah baginda iaitu syiling emas dan perak. Sistem kewangan antarabangsa sekarang berada di bawah kawalan sistem perbankan Yahudi.
 
Jika mereka mahu, mereka boleh saja menjatuhkan nilai AS dollar hari ini kerana mereka mampu melakukannnya kerana Washington telah mencetak wang kertas terlalu banyak . Kesimpulannya, dua perkara berlaku iaitu pertama, sistem kewangan perlu jatuh dan selepas itu, Yahudi akan menguasai kewangan dunia. Kedua, mereka haruslah mempunyai sistem ketenteraan yang mantap.
 
Dan apabila tentera Israel ini mula menyerang, mereka menggunakan hujah 'kami terdesak' dan cuba mempertahankan diri mereka. Untuk melakukan semua ini, prosesnya bermula di mana Ariel Sharon memasuki Masjid al-Aqsa bersama dengan 1000 askar Israel dalam tindakannya yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi supaya semangat Intifada dihidupkan kembali.
 
Apabila pembunuhan berlaku, Israel akan mula berbicara tentang keamanan tetapi pada masa yang sama mereka terus membunuh untuk membangkitkan semangat orang Palestin. Dan apabila penindasan terus meningkat, ia akan mula membangkitkan kesedaran di kalangan orang Arab untuk bersekutu menentang Israel.
 
Maka, serangan ketenteraan itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Sheikh Imran Hosein berpendapat bahawa apabila semua itu terjadi, ia adalah waktu yang paling sesuai untuk melumpuhkan sistem kewangan antarabangsa dunia.
 
Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III akan berlaku dan kekejaman berleluasa serta ia dijangka berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. *rujuk Sea of Galilee.
 
Di zaman ini, Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di seluruh dunia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan. Ketika itulah, Dajjal akan berpindah dari waktu satu harinya bersamaan dengan sebulan kepada satu harinya bersamaan dengan seminggu.
 
**Sheikh Imran menyatakan inilah Zaman kita huni sekarang di mana dimensi masa sehari bersama seminggu Dajjal.
 
Rujuklah Sea of Galilee dan hari kekeringannya. anda pasti mengetahui telahan Sheikh Imran ini adalah BENAR bersumberkan al-Quran dan Hadis.
 
Janganlah kita pandai mengungkap "Allah tidak pernah beritahu perkara ini @ Allah Lebih Maha Mengetahui @ Hanya kepada Allah lah terserah perkara-perkara ghaib" sedangkan kita tidak pernah berbuat sesuatu menggunakan akal kurniaan-Nya dan hanya berpeluk tubuh menunggu Hari Kiamat tiba. Kata Sheikh, inilah golongan ''kal an'am''.
 
Peringkat Keempat: "37 hari sama seperti hari kita".
 
Israel akan muncul sebagai kuasa pemerintah dunia dan tanggapan mula timbul bahawa ini adalah kebangkitan semula Zaman Kegemilangan (II).
 
Hanya ketika itu, Dajjal akan muncul pada harinya bersamaan dengan hari-hari kita yang biasa. Sheikh Imran berpendapat bahawa, Dajjal akan menjadi pemimpin Israel dan dari Jerusalem dia akan memerintah dunia.
 
Dia juga akan menyempurnakan misinya dan Zaman Kegemilangan (II) akan dibangkitkan semula. Tetapi, Bani Israel tidak akan sedar bahawa mereka sedang diperdaya oleh Dajjal.
 
Ianya berpusat di Jerusalem, Israel! (Pusat Pemerintahan keempat Dajjal dalam dimensi masa manusia yang NYATA)
 
Dan selepas itulah, Imam al-Mahdi akan muncul. Akan tetapi, Imam al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah air sudah kering di Laut Galilee.
 
Apabila Imam al-Mahdi muncul, Nabi Isa a.s akan diturunkan dan beliau akan membunuh Dajjal. Akan Tetapi, Nabi Isa a.s tidak akan muncul sehingga air di Laut Galilee sudah kering. Ketika itu Tanah Suci akan dimerdekakan.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
 
"Apabila kalian melihat kelibat bendera hitam datang dari arah Khurasan, pergilah menyertai angkatan tentera itu walaupun kalian terpaksa merangkak di atas ais. Pergilah menyertai angkatan tentera itu! Sebab khalifah Allah, Imam al-Mahdi menyertai angkatan tentera itu dan tiada siapa yang mampu menghalang mereka sehinggalah mereka tiba di Jerusalem"
 
Hadis Sunnah at-Tirmidzi.
 
Sheikh Imran Hosein mengingatkan golongan sekular bahawa kita tiada masa lagi untuk berdebat dengan mereka yang berlainan pendapat dengan kita. Mereka boleh memilih untuk tidak percaya sebab kita tidak kisah kerana hakikatnya telah kita ketahui. Pengembaraannya telah bermula! kita tahu, cuma tinggal sedikit masa saja lagi.
 
Apabila tentera Islam berjaya menjatuhkan Negara Israel, Tanah Suci akan dimerdekakan. Pengikut sebenar Nabi Ibrahim a.s akan mengambil alih Tanah Suci. Negara Israel Nabi Sulaiman a.s akan dibangunkan semula oleh Nabi Isa a.s.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Isa a.s akan memerintah sebagai 'hakimul adil' (pemimpin yang adil dari Jerusalem)"
 
Jadi apa yang telah diriwayatkan telah menjadi kenyataan dan Zaman Kegemilangan juga akan berulang kembali, tetapi hanya pengikut Nabi Muhammad SAW yang akan mewarisi legasi Nabi Sulaiman a.s
 
Pengiraan secara rawak tahun kedatangan Dajjal (Allahu A'lam)
 
Untuk penerangan lebih lanjut tentang perkara ini sila rujuk buku "Jerusalem in the Quran" menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:
 
1 hari seperti Setahun = Britain = Pound (Pax Britannica)
1 hari seperti Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar (Pax Americana)
1 hari seperti Seminggu = Israel = Electronic Money/Chemtrail? (Pax Judaica)
37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia
secara NYATA dalam dimensi masa manusia.
 
**Pendapat Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari sekarang.
 
Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.
 
Apakah maksud ini?
 
-Maksudnya, kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita?
 
JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47
 
“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi
Tuhanmu adalah menyamai SERIBU TAHUN dari yang kamu hitung...”;al-Hajj:47
 
Kini kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.
 
“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulanbercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapatmengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”;al-Yunus :5
 
Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia.
 
(contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)
 
Huraian al-Quran & Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:
 
Dajjal hidup selama 40 hari:
 
Peringkat Pertama: 1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Keempat: 37 hari = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.
 
Dari kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).
 
Oleh itu: (fahamilah secara terperinci)
 
353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) & kejatuhan Britain
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini.
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III
 
*(saudaraku, kita berada diakhir peringat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Israel) sedikit masa lama untuk berpindah ke peringkat ketiga.
 
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
 
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa
 
*peringkat dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi)
 
**** INGAT! Walaubagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96).
 
Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Allah Knows Best!


wallahu 'alam bissawab

ZIONIST DIAMBANG KEHANCURAN!!!!!!

Kekejaman dan keganasan Zionist telah menyebabkan seluruh umat islam di dunia mengutuk tindakan Israel ini dan sudah ada seruan untuk melakukan intifada kedua di Palestin.

Kini, dimanakah suara pemimpin islam dari negara islam arab sendiri? Dimanakah suara suara pemimpin dunia yang kononnya cintakan kedamaian dan persaudaraan sejagat? Jawapannya tidak ada! Kenapa? Jawapannya ialah mereka takut untuk bersuara dan kalau bersuara pun mereka akan ditekan, ditindas dan diancam kembali .

Hairan pula, pemimpin dunia yang anti pengganas dan anti-islam tidak pula terkesan dengan pembunuhan dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan zionis Israel sekian lama keatas penduduk asal bumi palestin,padahal sebab utama tercetusnya “terrorism” adalah kerana kekejaman dan pencabulan hak Israel keatas palestin sebagaimana yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya pada 26/12/08 yang lalu. Namun selang sehari selepas penulisan itu ternyata Israel mengulangi lagi kekejamannya keatas palestin malah lebih teruk sejak 60 tahun kebelakangan ini.

Dimana Surind Raj ? Mengapa dia tidak memaparkan gambar siri keganasan Israel keatas umat islam secara terang-terangan ini sebagaimana dia meletakkan gambar gambar mangsa pengeboman di Mumbai yang kononnya dilakukan oleh pengganas islam dalam blognya jika dia juga pejuang kemanusiaan, keamanan dan kesejahteraan sejagat. Mengapa bila umat islam yang menjadi mangsa mereka semua menyepi? Mengapa? Apakah mereka sedang bergelak ketawa dengan jenayah kemanusiaan di bumi Palestin sebagai merestui agenda kuffar zionis laknatullah ini!

Mengapa zionis tidak memilih tarikh 25/12/08 untuk membuat serangan? Kerana mereka mahu menjaga hati sahabat handai mereka yang beragama Kristian untuk menyambut hari Natal atau Krismas. Mengapa mereka menyerang di ambang tahun baru hijrah 1430? Sebenarnya mereka ingin menunjukkan kepada dunia yang mereka ingin dam masih berkuasa di akhir zaman! Mereka mahu dunia tahu merekalah yang mencatur sejarah zaman!

Tidak menjadi rahsia lagi,konsep zionisme yang menganggap kaum yahudi sebagai bangsa yang terpilih yang akan menjadi kuasa unggul memerintah dunia ini telah wujud hampir 2000 tahun yang lalu sempena Bukit Zion atau Sion di Jerusalem.Orang Zionis dan yahudi percaya ia adalah pusat pemerintahan Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman.Oleh itu dengan ideologi politik dan perjuangan berteraskan kemuliaan bangsa yahudi ini mereka yakin akan memerintah dunia dengan iltizam mereka pada Kongres Zionis 1907.Maka sebagai kelansungan agenda mereka, The League of Nation dibubarkan dan diganti dengan PBB. Tidak lama selepas itu cengkaman Inggeris ke atas bumi Palestin pun tamat pada 1948 dan Negara Israel pula didirikan dengan sokongan PBB.

Apakah penubuhan PBB pada tahun 1948 itu juga termasuk dalam rancangan jahat zionis untuk menakluki dunia sebagaimana rancangan asal dan agenda mereka dalam dokumen The Protocols Of The Elders of Zion yang muncul sebelum abad 20 lagi. Namun bagi saya rancangan jahat zionis untuk menakluki dunia bermula lebih awal dari itu iaitu sejak abad ke-18 lagi dimana pada Kongres Zionis Sedunia 1897 berdasarkan peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi lokasi terpilih mereka bermula dari Yunani pada tahun 429 sebelum masihi,selepas itu meliliti Rome di zaman Maharaja Augusta-tahun 69 Masihi,Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V 1552 Masihi,Paris pada 1790 di zaman Raja Louis XVI,London pada 1814 selepas Napoleon jatuh,Berlin selepas perang Perancis –Rusia 1871 dengan kepala ular berada di St.Petersburg,Rusia 1881

Walaupun peta lama menunjukkan perjalanan ular tamat pada 1881,namun ramai yang percaya ia masih bergerak dan melilit Amerika pada awal abad 20,selepas itu ia kembali semula ke Rusia, selepas itu ke Istanbul, Turki di zaman kerajaan islam Othmaniah sebelum berakhir di Jerusalem ! Lalu kita melihat natijah rancangan jahat mereka ini berjalan lancar dimana kita melihat kejatuhan Kota Mekah dan Madinah ketangan keluarga Bani Saud yang ternyata amat memusuhi anak cucu keturunan Rasulullah dan saidina Ali. Penguasaan mereka di Palestin adalah merupakan fasa kemuncak penaklukan mereka terhadap dunia sebelum meneruskan misi mereka ke destinasi seterusnya iaitu Nusantara!

Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Maqdis dipercayai sebagai tanah suci agama islam, kristian dan yahudi. Ia pernah jatuh ketangan umat islam pada abad ke-7 masihi setelah tentera islam di bawah Panglima Amru bin Ash berjaya dalam perang Yarmuk mengalahkan panglima Atravon dari Rum di zaman khalifah Umar Al-Khattab.Selepas itu Baitul Maqdis diperintah oleh islam selama 400 tahun.

Dalam tahun 1096 ketua tertinggi gareja Khatolik, Pope urban II,telah mengisytiharkan bahawa setiap penganut kristian yang berjuang untuk merampasnya kembali diampunkan segala dosa dan dijamin pula dengan syurga! Lalu sejarah menyaksikan 300,000 tentera gabungan kristian dari pelbagai kerajaan Eropah bergabung dan mengalahkan tentera islam disaat umat islam mengalami krisis kepimpinan ummah sejagat iaitu ketika ummah sedang berpecah akibat persaingan antara daulah bani Abassiyah di Baghdad dan daulah Fatimiyyah di Mesir.

Namun setelah 88 tahun kemudian umat islam dibawah penakluk agung Sultan Salahuddin Al-Ayubi sebagai penyatu ummah telah berjaya menawan kembali Baitul Maqdis. Maka pada 2.10.1187 bersamaan 27 Rejab 583 Hijrah barulah baginda memasuki kota suci ketiga umat islam itu, bertepatan dengan tarikh keramat 27 rejab yang menyaksikan Rasulullah SAW singgah di Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk mikraj baginda 600 tahun sebelumnya!

Renretan sejarah perang salib tidak terhenti disitu saja, pada abad ke-18,kerajaan Turki Othmaniah semakin lemah dan mula merosot. Kejatuhan demi kejatuhan ini disusuli kekalahan dalam perang dunia pertama 1914-1918.lalu buat pertama kali dalam sejarah bumi palestin yang mengandungi Baitul Maqdis telah jatuh kembali ke tangan kuffar setelah menguasainya selama hampir 700 tahun!

Pengiktirafan dan melonjakkan pemimpin pro barat dan anti-islam di Turki iaitu Mustafa kamal Attartuk atau boneka zionis dan barat ini menyebabkan sistem khalifah terus berkubur di Turki sehingga Turki bertukar menjadi Republik.

Setelah zionis berjaya menjatuhkan kerajaan islam di Turki, maka agenda mereka seterusnya ialah menghapuskan pemerintahan para Syarif mekah yang bertindak sebagai khadamul haramain iaitu penjaga Kota suci Mekah dari keturunan Saidina Hasan bin Saidina Ali, anak cucu nabi yang berasal dari Bani Hasyim yang mengusai tanah Hijaz selama lebih kurang 1500 tahun.

Maka pada 1924, zionis telah menaikkan seorang ketua Arab badwi iaitu Abdul Aziz Ibnu Saud dengan sokongan gerakan puak Wahabi telah berjaya menawan mekah atau wilayah Hijaz lalu menubuhkan Negara Arab Saudi. Selepas itu keturunan Rasulullah semakin terpinggir di tanah Hijaz. 

Setelah rancangan jahat mereka berjaya di Timur Tengah ,mereka mengalih tumpuan mereka ke Nusantara pula kerana mereka tahu ramai Ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW yang berada di Nusantara ini dari jurai keturunan saidina Hasan Bin Ali dan mereka harus dihapuskan segera untuk mengagalkan kebangkitan Al-Mahdi yang membawa panji hitam dari Timur itu!

Yahudi dan zionis sebenarnya takut dengan bayang bayang mereka sendiri. Mungkinkah sebuah lagi peta purba yang agak lengkap telah dilukis oleh pemikir purba Yunani, Ptolemy yang telah diakui oleh sejarawan barat sebagai seorang ahli falak dan pelukis peta(cartographer) yang masyhur telah melukis sebuah Negara di Nusantara yang dinamakan Golden Chersonese iaitu Semenanjung Emas atau semenanjung tanah melayu lebih 2000 tahun dahulu menjadi sebab kepada terjadinya peta sulit zionis yang dilambangkan oleh pergerakan ular zion untuk menyaingi Golden Chersonese atau menghapuskan terus keturunan pejuang akhir zaman ! 

Sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang. Zionis dan barat menipu kita dengan memutar sejarah, kononnya pelayar Vasco de Gamma adalah orang eropah yang pertama menemui jalan pelayaran laut ke India 1498. Penemuan Amerika pada tahun 1492 oleh Christopher Columbus kononnya menjadi titik permulaan kuasa barat meneroka Eropah lain dan dunia. Kalau mereka baru mengenali dunia timur pada abad ke 14, maka bagaimanakah pula orang orang Eropah boleh mengenali Golden Chersonese sejak 2000 tahun silam lagi? Bagaimana orang Eropah saat itu sudah mengenali Semenanjung Tanah Melayu sebagai bumi yang kaya-raya, penuh dengan emas , malah menyatakan Mount Ophir atau Gunung Ledang itu adalah tempat utama terpendamnya Solomon’s Treasure atau harta karun peninggalan Nabi Sulaiman dari kerajaan yang besar dan hebat itu?

Zionis dan barat menutup rancangan licik mereka dengan memutar sejarah, kononnya kedatangan mereka ke Nusantara adalah untuk mengembara dan berdagang! Mereka berdagang rempah ratus lalu bertapak di Goa pada 1510, di melaka 1511 dan di Pasai pada 1514. Apakah ini semua berlaku secara kebetulan? Dengan alasan berdagang mereka tidak akan diganggu oleh pemerintah malah dihormati pula sebagai tetamu negara!

Apakah benar kiranya saya mendakwa pengembara barat yang terkenal iaitu Marco Polo itu adalah sebenarnya agen zionis yang sudah berjaya menyusup masuk ke Nusantara pada 1292 di Perlak melalui jalan laut yang merentasi laut cina selatan dan selat melaka? Dalam catatannya, beliau mengembara dari Venice, Italy melalui jalan sutera atau the silk road yang menghubungkan Eropah dan Asia hingga ke benua China.

Jika benar apa yang saya jangka, maka zionis sebenarnya telah merancang untuk menguasai nusantara selama 200 tahun sebelum kejatuhan melaka pada 1511. Seorang lagi agen zionis Bartholomew Diaz yang berjaya melalui jalan selamat melepasi Tanjung Harapan atau Cape of Good Hope pada 1448 memberi laluan yang bermakna untuk pihak barat mengkaji dan mengenali tamadun tamadun dunia yang lain seperti kesultanan Delhi di benua Hindi dan Kesultanan Melayu Melaka yang mengusai perjalanan timur-barat melalui selat melaka , hinggakan kota Melaka ketika itu di kenali sebagai Venice of East sempena kota Venice di Italy di Eropah malah melaka disebut sebut oleh penulis Portugis bernama Barbarosa iaitu “ Whoever is Lord in Melaka has his hand on the throat of Venice”.

Sejarah mencatatkan bahawa zionis telah berjaya memperkudakan Portugis iaitu kuasa laut yang terkuat abad ke 16, selepas itu Belanda,kuasa laut baru eropah pada abad ke 17 dan kemudian muncul Inggeris , kuasa terkuat Eropah setelah kekalahan Perancis dalam perang Waterloo 1815. Sebagai upahnya zionis telah membahagikan Nusantara ini kepada Inggeris dan Belanda seperti yang tercatit dalam perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Pemecahan Nusantara ini adalah agenda jangka-panjang mereka untuk menghancurkan kebangkitan akhir zaman! Mereka menukarkan nama dan memecahkan Nusantara ini kepada Malaysia, Singapura dan Indonesia!

Mereka menjalankan agenda licik mereka dengan memperkenalkan sistem Residen di Tanah Melayu. Tujuan utama mereka ialah untuk mengurangkan kuasa raja raja melayu. Penjajah juga telah menggalakkan kemasukan pendatang asing Cina dan India ke Tanah Melayu dan terus membuat pengagihan sosio-ekonomi di mana kaum cina ditempatkan di lombong lombong bijih timah dan bandar bandar utama supaya berniaga dan kaum India di tempatkan di estet-estet, manakala melayu dibiarkan dengan cara hidupnya yang tersendiri. Penjajah sebenarnya menjalankan strategi serampang dua mata untuk menghakis majoriti serta Ketuanan Melayu dan memalapkan syiar islam serta memastikan tidak ada ruang lagi untuk melayu bangkit sekali lagi.

Zionis dan barat yang sememangnya sudah lama berhasrat untuk melenyapkan terus sistem raja-raja di Nusantara ini memujuk raja-raja melayu supaya menandatangani Persetujuan Mac Michael pada tahun 1945, dimana persetujuan ini akan mewujudkan Malayan Union. Mujurlah orang melayu dan raja raja melayu sedar akan muslihat mereka itu lalu mereka bangkit menentang nya. Dengan itu wujudlah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sebagai jalan tengah British. Selepas itu perjuangan orang melayu semakin hari semakin kuat kerana timbulnya kesedaran untuk menuntut kemerdekaan. Oleh itu Inggeris pun meletakkan syarat kemerdekaan itu ialah jika melayu dan raja raja bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan yang sama rata kepada cina, India dan pendatang lain juga kononnya untuk memastikan penduduk Tanah Melayu diberi keadilan dan menepati prinsip demokrasi dimana hak semua pihak patut dihormati!

Memang jika diimbas sepintas lalu syarat tersebut nampaknya adil dan logik, namun penjajah barat telah memastikan selepas pemergian mereka atau selepas kemerdekaan Malaysia, mahu pun Melayu akan terus terjerat dan kuasa Raja Raja Melayu akan terus di kekang malah syiar islam akan mereka pastikan tidak akan kembali bersinar di bumi nusantara ini lagi. Benar sekali walaupun kita telah merdeka hampir setengah abad, namun ekonomi orang melayu masih menyedihkan walaupun telah dibantu dengan DEB sekalipun. Penjajah juga telah meninggalkan Malaysia ini dengan meninggalkan konflik perkauman yang hebat umpama bom jangka yang akan meletup bila bila masa saja.Krisis perkauman 1969 mengajar kita supaya lebih berhati hati dalam hubungan kita antara kaum di Negara ini.

Percaya atau tidak, zionis dan barat akan kembali sekali lagi ke Nusantara untuk menjalankan misi mereka yang terbengkalai sejak 1957. Namun rancangan mereka kali ini akan lebih halus dan licik dimana mereka akan memusnahkan Melayu Islam dan nusantara ini melalui tangan tangan melayu sendiri yang akan menjadi proksi mereka! Mereka akan kembali mengungkit konsep kesaksamaan hak asasi manusia serta prinsip demokrasi suara majoriti atau ketuanan rakyat sebagai agenda keamanan dan kedamaian sejagat palsu yang pastinya akan mewujudkan kembali ketegangan antara kaum yang walaupun nampak terkawal tetapi masih kekal dan sudah cukup untuk memastikan Melayu tidak dapat bangkit untuk menjadi tuan tanah sejati di bumi nusantara ini!

Bila membaca sejarah zionis , kerap kali saya mendengar perkataan “kongres yahudi” yang digunakan untuk persidangan mereka, seperti Kongres Zionis sedunia 1897 dan Kongres Zionis 1907. Entah mengapa jantung saya pula berdegup kencang bila ada sebuah parti yang berlambang mata satu di negara kita ini menjalankan “Kongres”nya .


Mungkin benar juga tulisan  AIDC dalam blognya seperti berikut :

“Anwar Ibrahim pula dalam Perutusan Hari Natal, menyeru rakyat Malaysia kembali seperti masyarakat convivencia di Andalusia, Cordoba, Sepanyol kerana jurang antara agama di Malaysia semakin melebar, meskipun sudah 51 tahun merdeka. ( Pada tahun 2008 )

Tulis Anwar, "Kita pastinya menyedari negara kita Malaysia yang bebas merdeka 51 tahun lalu merupakan sebuah negara yang majmuk. Semenjak dari tarikh negara ini diisytiharkan merdeka sehingga ke hari ini, kita semuanya, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, telah melalui saat-saat sukar juga senang bersama-sama. Akan tetapi, dari ianya mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama, sebaliknya jurang di antara kita nampaknya semakin melebar akibat dari beberapa perlaksanaan dasar yang mengabaikan rakyat. 

Tulisnya lagi, "saya kira perlulah kita kembali merenung bagaimana masyarakat convivencia di Andalusia yang meyaksikan tiga umat; Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam kerukunan dan membuahkan tamadun gemilang. Sebagai contoh di Andalusia terutamanya di Cordoba waktu itu, bahasa Arab dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kepada wacana-wacana ilmu, malah penyair Yahudi yang mashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah. Benarlah kata Mahmoud Darwish, penyair terkenal asal Palestin, Al-Andalus adalah penyempurnaan impian sebuah puisi. Ianya bukan sahaja tempat yang meraikan kemajmukan malah menjadi pentas percambahan ilmu dan ketinggian budaya"

Saya merenung jauh perjalanan sejarah lalu membuat kesimpulan bahawa,jika mereka benar benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara sudah pasti bukan Andalusia atau Masyarakat Convicencia (hidup bersama) yang menjadi sebutan untuk menyempurnakan sebuah impian, bukan Pluralisme dan islam liberal yang menjadi asas perjuangan, malah bukan penyair yahudi yang masyhur menjadi sebutan! Sudah pasti jika mereka pejuang kebenaran, Mekah, Madinah atau Nusantara yang sepatutnya menjadi sebutan, Islam-Al-Quran-hadis-sunnah menjadi asas perjuangan dan nama nama islam seperti Zun Nun Al misri , Jalaluddin Ar Rumi, Imam Shafie dan Al-Ghazali yang menjadi sebutannya atau keperwiraan Amru bin Ash , Salahuddin al Ayubi dan Muhammad Al Fateh jadi sumber inspirasi perjuangannya!

Saya menjadi semakin hairan, mengapa masih ada pemimpin agama yang kononnya cukup sempurna ilmunya,  tertipu dengan taktik musuh demi sedikit kuasa. Mereka masuk kedalam pakatan musuh secara terang terangan malah masih berdegil melaungkan slogan membangun bersama Islam dan ingin melaksanakan hukum hudud dan negara islam! Apakah mereka pasti atau masih di alam mimpi,  yang pakatan musuh akan merestui perjuangan mereka menjadi realiti sedangkan yang satunya berjuang untuk Malaysian Malaysia  dan yang satu lagi adalah proksi atau boneka barat yang belum pasti hala tuju nya. Arah dan prinsip perjuangan pun amat berbeza umpama langit dan bumi! Jadi bagaimana boleh bersama? Bermimpikah atau berangan disiang hari seperti Mat Jenin?

Semoga tahun Hijrah akan datang membawa keberkatan dengan bangkitnya pejuang Islam di seluruh dunia untuk menghancur leburkan zionis dan dajjal di akhir zaman. 

Benar janji Allah seperti FirmanNya dalam surah Al-israk,ayat 104 yang bermaksud “Dan kami berfirman sesudah itu kepada bani Israel : Diamlah kamu di negeri ini,maka apabila telah datang janji terakhir nescaya kami datangkan kamu dalam keadan bercampur baur (huru hara)”

Semoga akan tiba waktunya akan berlakunya kebenaran sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 

“Belum akan tiba hari kiamat,hingga kaum muslimin memerangi kaum yahudi,kemudian mereka dibunuh oleh kaum muslimin,sehingga batu dan pohon kayu berkata : hai muslimin,hai hamba Allah,Inilah seorang yahudi yang bersembunyi di belakangku,datangilah dan bunuhlah!, kecuali pohon Al-Ghargad,kerana ia tergolong dari pohon yahudi”

Semoga Allah menyelamatkan Malaysia dan Nusantara ini dari Kamal Attartuk versi ke-2! 



wallahu 'alam bissawab