Tuesday, 16 September 2014

Tahukah Anda ??

Kini...dizaman ini...
Apa Yang Elok Telah Pun Dinampakkan, Dirupakan, Dikatakan Dijadikan Seperti Tidak Elok..
Apa Yang Benar Telah Pun Dikatakan, Dinampakkan, Dirupakan, Dijadikan Seperti Tidak Benar..
Apa Yang Tidak Elok Telah Pun Dikatakan, Dirupakan, Dinampakkan, Dijadikan Seperti Elok
Apa Yang Tidak Benar Telah Pun Dikatakan, Dirupakan, Dinampakkan, Dijadikan Seperti Benar...

Lihat sekeliling anda, pasangkan telinga, buka minda...

Apa yang anda lihat, nampak atau baca..
Apa yang anda dengar..
Apa yang berlegar dalam fikiran anda...
Apa pula kata kata yang terbisik oleh hati anda...

Masih melihat dalam kaburkah kita..

Masih mendengar dalam tulikah kita..
Mata akan terus tertipu...
Minda akan terus dipermainkan..
Maka akan terus tertipulah kita...

Dibawah ini saya kongsikan catatan dari MISI TERAHSIA. Saya kerap membaca tulisan beliau.
Saya belum mahu letak sebarang komen. Saya cuma mahu terus membaca tulisan beliau dari masa ke semasa. Cuma kali ini saya berfikir untuk berkongsi.. 


Di saat orang Mesir menggulingkan kerajaan mereka sebelum ini untuk menggantikan pemimpin baru hari ini, pemimpin mereka dengan segera menjemput seorang pemimpin Melayu menjadi penasihat negara Mesir agar Mesir boleh menjadi seperti Malaysia di bawah pentadbiran seorang pemimpin Melayu selama 22 tahun. Tapi sayangnya, orang2 Melayu di Malaysia dihasut supaya membenci kepimpinan sedia ada, sedangkan seorang pemimpin Melayu adalah antara pemimpin-pemimpin Islam terbaik dunia, satu anugerah oleh Allah untuk umat Melayu sehingga negara Malaysia yakni tanah Melayu dipandang mulia kerana AKHLAK nya seorang pemimpin Melayu dalam membantu banyak negara-negara Islam di luar sana sehinggakan mereka mengIDOLAkan seorang pemimpin Melayu, begitu juga dengan 1 kuasa besar dunia bernama RUSSIA, Vladimir Putin selaku Presidennya bergegas menghubungi seorang pemimpin Melayu supaya segala ilmu pentadbiran ekonomi dapat dibelajar dan diREALITIkan seberapa segera, dan akhirnya hari ini RUSSIA berjaya keluar dari kemelut ekonomi hasil taktik menipulasi IMF. Kesannya...? Banyak Billboard di Russia menayangkan gambar2 orang Melayu yang menyelamatkan Russia, dan gambar seorang pemimpin Melayu jelas berada di sana, di depan penduduk Russia. Tapi sayangnya... Nikmat tuhan yang manakah yang engkau nafikan ? Terima kasih Ya Allah kerana kehadiran seorang pemimpin Melayu.

Seorang pemimpin Melayu yang disebut2kan ini namanya ialah DR. MAHATHIR, dan nama MAHATHIR itu sendiri adalah code rahsia untuk kedatangan MAHADI, maka skrol undang2 kedah yang berjaya dibawa balik itulah, menjadi ASBAB "orang yang terkemudiannya", meneruskan tugas2 khas untuk menyediakan tapak2 sistem khilafah, maka sesiapa yang bernaung di bawah mereka, In Sya Allah berjaya...


Saiyidina Ali pernah berpesan:


"...dengarkan apa yang disampaikannya...

bukan siapa yang menyampaikan itu..."

Sebab itulah sekarang ini ada sekumpulan manusia2 pilihan tuhan sedang meREALISASIkan hadis sahih di bawah ini iaitu:

Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi R.A. katanya, 
bertitah baginda Nabi Muhammad:

“Akan keluar orang-orang dari Timur, 

lalu mereka mempersiapkan untuk Al-Masih Imam Mahdi, 
yakni tapak-tapak pemerintahannya.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Majah ]


Wallahualam

No comments:

Post a Comment