Thursday 21 August 2014

KISAH AKHIR ZAMAN 1.1

Banyak juga hadis-hadis Nabi termasuk hadis Qudsi yang tidak ada dalam Sahih Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan sebagainya muncul pula dalam pengajian tariqat dan kitab-kitab Tasawuf. Saya tidak dapat memberi contoh off-hand tetapi confirm memang ada. Sebabnya, ada hadis-hadis yang telah digelapkan sepanjang tempoh pemerintahan Bani Umaiyah selama hampir 100 tahun dan Bani Abbasiyah selama hampir 500 tahun atas sebab-sebab tertentu tetapi terus dipegang oleh golongan tertentu terutama ahli Sufi yang menyanjung tinggi kaum kerabat Rasulullah SAW. Proses pengumpulan hadis secara rasmi dimulakan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz, lebih 80 tahun selepas Nabi Wafat. Kitab-kitab Sahih pula wujud sekitar 120 kemudian. Maka logiklah jika ada hadis-hadis yang hilang.
Perhatikan dalam bab ilmu Sahih Bukhari dan Muslim, ada tersebut Abu Hurairah berkata dia ada menyimpan dua karung hadis, satu disiarkan kepada umum, satu tidak. Kerana katanya, jika disiarkan satu karung lagi nescaya lehernya akan dipancung. Kebetulan dia juga hidup semasa zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan dan anaknya Yazid, orang-orang yang diketahui sedikit anti pada Ahlul Bait. Pada zaman itu, sesiapa yang memperbesarkan kelebihan Bani Umaiyah boleh mendapat pelbagai ganjaran sedangkan sesiapa yang menceritakan apa-apa kelebihan anak cucu Nabi boleh disiksa malah dipenjarakan dan dibunuh.
Untuk kefahaman lanjut, elok kaji apa yang berlaku setelah Perang Siffin, pertembungan antara golongan yang menyokong Saidina Ali dengan penyokong Muawiyah. Apa berlaku seterusnya setelah Saidina Hassan mati diracun dan Saidina Hussein terbunuh di Karbala. Jangan anggap ini semua perspektif Syiah. Sila berfikiran terbuka.
Apapun, jika sabda Nabi mengenai negeri Samudera itu tidak dapat dibuktikan kesahihannya, persoalan seterusnya kenapa ia boleh muncul dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sulaltus Salatin? Kedua-dua ini adalah kitab besar sejarah orang Melayu, bukan kitab sebarangan. Saya percaya ada rahsia besar di sebalik ini - anak zuriat tertentu yang ditinggalkan di bumi Serambi Mekah yang akan bersambung terus sehingga ke akhir zaman, sehingga kemunculan panji-panji hitam dari Timur. Insyaallah!


CATATAN : SI MERAH SILU

No comments:

Post a Comment