Thursday 21 August 2014

PERANG AKHIR ZAMAN 1

Saya ingin mengajak sesiapa yang berminat atau mempunyai pengetahuan untuk membincangkan satu wasiat yang dikatakan sebuah hadis Rasulullah SAW. Setakat diketahui, ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis sahih yang disepakati, malah mana-mana kitab rasmi agama Islam. Tetapi ia wujud dalam dua kitab Melayu yang dianggap sebagai dua sumber utama pensejarahan Melayu lama iaitu Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang.
Cuba baca kata-kata Nabi ini:

"Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.
Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah.
Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama."

Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang).
Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.
Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih.
Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?
Diharap ada yang sudi menyambut perbincangan ini. Wassalam.

CATATAN : SI MERAH SILU

No comments:

Post a Comment